Sunday, January 30, 2011

aakif Haikal..doa dari ibu

Posted by sheky at 9:10 PM 2 comments


seminggu lepas keluar wad..aakif dah blh senyum dan bermain..tp hari ini......=(


Anakku Aakif Haikal ...kuatkan semangat..

by Amira Ayob on Sunday, 30 January 2011 at 22:06



Esok wan dah nak bawa Aakif balik kampung..berubat di sana...tapi hati makin risau..Aakif dah 2 hari demam panas..suhu 39.7 .. xnak menyusu..menangis sepanjang masa...

semalam kami g klinik...Doktor Fatimah risau dengan keadaan Aakif..dia pesan kalau Aakif makin teruk, kami kena terus bawa ke hospital..Menurut beliau, pendarahan Aakif bukan hanya setempat..tapi ada banyak tempat.

Teruk..dan serius katanya..Dia nasihatkan kami buat laporan polis lagi..Hati jadi sakit dengan apa yg berlaku..kenapa ada manusia tergamak cuai menjaga Aakif sampai Aakif terpaksa menderita seperti ini..

Sedihnya..kami semua dah hampir hilang semangat..semua berada di dalam keadaan stress dan xcukup rehat..Wan bersengkang mata menjaga Aakif..Ayah demam panas sebab terlalu stress..kesian semua..Aku cuba untuk menguatkan semangat..cuba untuk berfikir positif..

Mlm tadi demam Aakif makin melarat walaupun dah sumbat dua biji ubat di punggung..kami terus bawa Aakif ke Hospital..dalam perjalanan..Aakif berhenti menangis..dan senyum je..

Aku jadi xsampai hati nk bawa g hospital sebab xsanggup tgk dia kena cucuk..amik darah..masuk ubat...last2 kami batalkan niat kami untuk ke Hospital..

Singgah di rumah nenek...Aakif menangis semula dan muntah..setelah penat pujuk, kami bawa Aakif balik rumah..dan sepanjang malam Aakif menangis ..dan sepanjang malam juga wan(mak) bantu menjaga Aakif..

kesiannya mak..kesiannya semua orang terpaksa penat dan stress menjaga Aakif...dan aku sebagai ibu sedang cuba sedaya upaya mengawal perasaan sedih ini demi Aakif..Tuhan je tau betapa aku xrela berpisah dengan Aakif..tapi terpaksa demi kebaikannya..

Pagi ni masa nk g kerja..Aakif meragam ..nk suruh aku dukung...tapi aku terpaksa tinggalkan dia..demi dia dan masa depan..terpaksa...dan ianya sangat pahit untuk ditelan...

Ya Allah..betapa dugaan demi dugaan melanda kami...mampukah kami menanggungnya...


:: note ni aku copy dr my sis nye fb...berat mata memandang berat lg bahu memikul::


kak mia sgt sygkan adik...slalu je nk cium adik..tp kadang2 ada jgk jelesnye...ehheeh




makcik2... tolong doakan adik mia sihat dan trs ceria ye =) aminnnn...

Friday, January 28, 2011

bila kesedihan melanda...sesungguhnya....

Posted by sheky at 8:35 PM 5 comments
Allah menujukkan rasa kasih sayng degn menurunkn ujian yg amat berat.Jika nak dibanding kehidupan akhirat adalah jauh lebih baik dari dunia krn di sanan kita hidup kekal abadi.

Allah ingin menarik semula hambanya utk kembali di jln lurus krn kasih sayang Allah amat luas . Dia amat mengetahui jika dibiarkn hanyut dlm hidup yg lalu maka hambanya akan tiada peluang mendpt rahmatnya. begitu hebat pengajaran yg diberi iaitu dgn memberi ujuan yg amat berat krn Allah maha mengetahui itulah jln terbaik utk hambanya kembali kepada Dia.Moga Alah melimpahkn kebaikan kamu di dunia dan akhirat krn kamu sudah menmui jln kamu walaupun ianya amat pedih.

walau hakikatnya pengajaran itu amat menduga dan memedihkan..namum sebagai seorang islam yg masih mempunyai iman..Alhamdulillah SYUKUR..YA ALLAH..kau masih menyayangi hambamu yg lemah dan sering alpha ini..amin..

Monday, January 24, 2011

Hadiah Untuk IBU IBU

Posted by sheky at 3:33 AM 2 comments

tiba tiba ternampak satu artikel yang pasti akan mengembirakan ibu ibu @ bakal ibu! =)




Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada
siang hari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada
malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun
solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

indahnya.... walaupun mengharungi pelbagai dugaan semasa preggy ni..tp info ni mmg 1 hadiah yang tidak ternilai! syukur..

Sunday, January 16, 2011

SAYANG..tapi..ZERO!

Posted by sheky at 9:52 AM 8 comments


emak abah,ibu ayah,mama papa,mummy daddy,amma appa dan semualah!sila ambil perhatian!! buka mata luas luas tarik nafas dalam dalam..ini bukan main main..ini betul betul..! (versi pendekar bujang lapuk) huhu..


SHAKEN BABY SYNDROME / GEGARAN OTAK BAYI

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain. Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa. Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi..

mesti korang hairan kan kenapa tiba tiba aku menjadi seorang yang amat prihatin..hihi sememangnya aku sangat lah prihatin tentang isu isu penjagaan anak ni..cuma belom pernah diluahkan lg..

sehinggalah....................
(tecengang haikal tgk pakde sibuk nak gurau2 hihi)

terjadi kepada my beloved nephew..Aakif Haikal 5 bulan
at first, aku dapat panggilan dari my sis myra yang menyatakan aakif pengsan dirumah pengasuh nya.. fyi, my sis adalah ibu kepada 2 baby comel damia dan aakif haikal yang bekerjaya..oleh sbb fobia dengan maid, die bertekad untuk tak amik maid lg lgpun lepas dengar mcm2 isu maid ni,kami pun naik seramm...maklumla tuan puan x ada kt rumah..maka 'mereka'lah yg jd MEM kan..??
oke berblk kpd aakif..menurut pengasuh,mulanya dia batuk batuk,mangis nangis sampai lah matanya terbeliak selepastu die pun trs pengsan..dengan sepantas kilat pengasuhnya pun berlari mendapatkan kereta untuk bw my nephew ke hospital..dan my sis pun trs bergegas dr opis ke hospital Sultan Ismail JB, tp yg hairan pelik bin ajaib...doc di hospital berlagak sebagai 'TOK BOMOH' dengan cool dan selamber membuat kesimpulan yg baby aakif hanya symptom biasa bg baby yg 'terlalu banyak kahak @ lendir di dada' sampai die jd lembik dan susah bernafas!!! dan trs blh dibawa pulang!!! tanpa membuat sebarang detail checkup..(agaknya klu anak doc tu pengsan mcm tu die buat mcm mn la ye...berubat pakai niat gak ke??) huh!
lepas blk dr jumpa 'TOK BOMOH' tu my sis sememangnya x berpuas hati..dan die terus bwk ke specialist..tp agak malang bila klinik tu dah nk tutup..makanya..dieorg just checkup CINCAI CINCAI je... boleh?? huh..
malamnya, baby aakif masih merengek rengek dan muntah muntah..(sepantas kilat aku ngan hubby ngan my mum sampai di JB) hati ibu mn la yg x risau tgk keadaan anak nya lemah kn..
(lain la 'tok bomoh' sbb bukan anak cucu cicit dia kan...)
dan sempat la my sis bertanya kn pendapat member2 terdekat tntng tindakan lanjut..salah sorang member nya berpesan suruh pergi hospital dan buat scan!!..
satu tindakan yg sangat bijik bila my sis bwk baby aakif ke hospital sultanah aminah JB esok paginya..
baby di tahan wad untuk future checkup..
sangat lah mengejut kan bila..my sis diberitahu yang baby aakif disah kan..mempunyai sedikit PENDARAHAN OTAK! ms dapat berita aku speechless! rasa kebas kaki tangan n tgk my sis nangis aku mmg x sampai hati..dalam hati 'aku mesti kawal emosi' supaya dapat bg kekuatan pd my sis...if aku nangis lg la my sis lemah kn..lg la die sedih berganda ganda!nk pulak ada 1 lg 'doc yg mengelabah' bgtau kt my sis ;kami terpaksa ambil air tulang belakang baby, puan diberi ms sampai esok pagi untuk berfikir dan bg kebenaran!!; huh..gila ke hape doc tu?mn la org blh berfikir nk buat keputusan secepat tu kan..tp mmg kami menegaskan x bg kebenaran untuk ambil air tulang belakang..besar risiko tu..mcmmana klu darah tu setakat darah beku yg x serius dan x ada virus..tp air tulang belakang dah diambil..emmm..nk plak klu doc yg ambil tu tersilap step??? boleh lumpuh tu..cacat seumur hidup..bg dieorg suka la kn..untuk kajian dieorg..tp kita yg tanggung risiko ni mcm mn? =(
tp yg peliknya..lain lain pakar yang check lain pulak pendapatnya..sorang ckp nk amik air tulang belakang suspek ada virus..dan sorang lg kata x perlu..haih kalau dah hospital kerajaan kan..gitulah....
(wan tgh pujuk haikal yg x selesa asyik muntah je..sian..)


so now, doc still suruh my sis investigate apakah punca pendarahan tu....tp malangnya bila kita tanya pengasuh nya..mn lah org tu nk mengaku apa apa kn..tu susahnya...doc ada tnya samaada nk buat police report @ tidak..tp my sis mls nk panjang ctr sbb dah pun berlaku..tp mmg serik la hantar pengasuh yang x berlesen lepas ni!

skang baby still kt dalam wad dan lusa akan menjalani CT SCAN sekali lg...untuk tengok perkembangan darah tu,samaada die membesar atau tidak..if membesar kemungkinan ia telah dijangkiti..
masyaallah x dapat bayang kan..
kawan kawan tolong doa kan my nephew Aakif Haikal cepat sembuh ya..rindu dengan gelak dia..ya! aakif mmg jenis yg senang ketawa..tersengih sengih dan x byk kerenah..senang je jaga die..dan dia sangat ramah! hihi..suka bila kita bercakap cakap dgn dia..rindunyaa.... =( adik cepat blk ye sayang makde nk peluk puas puas!!

(kakak mia on da way tgk adik..tp sempat lg icap jari huhu)

(kakak mia sedih tgk adik....)

alololo ciann..

dan ini bukanlah kes pertama yang berlaku baby pengsan di rumah pengasuh..so, mari jadikan tauladan..sama sama berhati hati...
anak adalah anugerah yang tidak ternilai..

PENCEGAHAN?
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. 2. Jangan memegang bayi anda ketika marah. 3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. 4. Minta bantuan orang lain. Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
4. en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome

Monday, January 10, 2011

Diari kiter.. =)

Posted by sheky at 11:10 PM 5 comments






CAKKK!

tgk kiter dah besar!!!
:
:
:


smile!!...tgk ceriakan kiter..sbb ibu ngan papa kiter suke gelak gelak sbb tu kiter pun suka cenyumm.. ;) papa kiter kelakar tau die selalu kacau ibu..suke suke! p/s: x sabar nk jumpa ibu ngan papa..mesti ibu kiter comel kan..sbb kiter rs kiter comel! hihih...
:
:
jumaat lepas ibu ngan papa tgk kiter..ermmm x aci...kiter malu sgt sbb kiter x pakai baju lagi..pastu yg lg kiter malu ibu ngan papa sibuk suruh makcik dokter tgk gender kiter..eee malu la..br ingat nk bg surprise kt semua..bila kiter malu kiter pun tutup muka kiter sebelah tangan..hihih nakal kan kiter..so ibu ngan papa ngan makcik tu x blh la tgk muke kiter penuh penuh..ermm...ibu kiter ckp kiter ikut perangai papa 'loya buruk' hihih..kiter suke!
:
:
nak tgk x muke kiter dari tepi..papa cakap idung kiter mcm idung ibu(sambil papa gelak2)..kompem ibu kiter comel! x sbr nk jumpa ibu...sob sob..dust! dust! kick ibu sket...rindu kt ibu la..
:
:
masa ni kiter buat buat tido je..hihi nak tunjuk baik kt ibu,papa ngan makcik dokter..

comel x kiter??hihihi
:
:
:
nk tgk muke kite dr depan x?hihi tp ms ni la kite tutup sebelah..
:
:
nak tgk dr tepi x tp yang ni 2d je..sbb makcik dokter ckp nk tgk tulang idung kiter..dengan kepala kiter..

yang ni pulak kiter tgh kunyah kunyah roti yang ibu makan td..hihi ibu kiter mmg suke makan..kiter selalu kenyang! tp bila kiter dah penat nk makan,kiter kick ibu bg isyarat behenti makan..emmmx penat ke bu mkn byk?... ;)

yang ini lg x aci sebab ibu ambil video kiter tangah main main..fuuhh lega sbb ibu x dapat tgk penuh muka kiter..malu la...





ok lah kiter rasa kiter nk tito kejap ni..ibu..papa..nanti kiter jumpa lg ye..

pesanan untuk ibu ; bu, jgn makan byk sgt ye..x mo mkn yg x berkhasiat..kiter x mo keluar awal, kiter nk duk cini sampai 9 bulan..ibu kena rajin baca al-quran tau sbb bila ibu baca kiter rasa tenang je..suke!suke! ibu kena rajin minum susu,sebab kiter suke susu tau!.. i love u ibu yg comel!

pesanan untuk papa ; papa pun kena selalu baca al-quran tau..sbb nnt kiter pun nk pandai baca al-quran sbb kiter nk jd anak yang solehah .. kiter nk pandai mcm papa jugak..kiter ingat kiter pun nk blaja kapal terbang!hihi..papa bawak kete jgn laju2 tau sbb sian ibu selalu tekejut..kiter pun tekejut jugak..papa kena rajin tolong ibu tau..sian ibu badan die berat tau bawak kiter..yg kain dah lipat tu tlg simpan dlm almari tau..opppssss...hihih..i love u papa yang encem!

nota;
kiter dengar ibu ngan papa dah beli baju kiter!!! wheee suka..mesti comel baju kiter kn..x sbr nk besar nk pakai!..tata..
with full of love
-kiter yg belum ada nama-
;)


Wednesday, January 5, 2011

cucisawang

Posted by sheky at 9:40 PM 5 comments








fuh fuhh....berhabuk habuk dah ni..sampai gatai hidung! punya la lama x mengupdate blog ku yg comel nih! nak kata busy, x de la sgt..tp buat2 sibuk kot..hihih...hari ini genap lah 6 bulan 1 minggu aku preggy, so far..semuanya ok..cuma biasa la tekanan darah ni yg kena berjaga jaga almaklum la bila dah paras paras ni kan..takut klu kena deliver awal..dup dap dup dap! tp bab mkn memang x serik2..mulut asyik nk kunyah je..tp mamilih jugak la, bila dah rasa lain mcm je cepat cepat suh hubby buat jus apple + peria ..yummmy!! PAHIT DER... tp tuk babyku tersayang, akan ku buat apa saja...huhuh...jumaat nih a.k.a esok kul 11am ada appointment ngan Doc faridah di Ampang puteri tuk 4d scan..huhuhu excited ni..pas scan br confident nk beli baju baby kan..mudah mudahan baby active sok jgn tido plak ye..baru berbaloi bayar mahal2 kan..tp yg best pakej ni skali ngan cd..so blh la share2 ngan geng2 blogger kt sini dan kenangan dihari tua..bak kata hubby ' nnt klu anak kita nakal2 kita tunjukkan video dia masa lam perut..hihihi comel je..' untung budak zaman skang kan...klu kita kecik2 dulu nak ada pic yg comel2 pun susah kan..tu pun dah kelabu asap! masa aku kecik lagi la kesian..masa tu mak ngan abah aku duk fanatik ngan al arqam..hihih abis gambar2, tv, radio ngan segala bagai yg berunsur hiburan ni die buang!! hahahha...nasib la aku...mmg x da langsung la pic ms baby..nasib badan..apapun, kawan2 doakan kandungan saya terus baik baik aja ya!...amin...


mode
barang baby..(ermmm wangiii!)

 

ShekySituSanaSini Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei